AMAL Malaysia

Misi AMAL Ad-Da’wah Ila Allah ke Ulu Kota, Pakan

[Misi AMAL Ad-Da’wah Ila Allah ke Ulu Kota, Pakan]

Perjanjian Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar

[Memeterai Perjanjian Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar]

AMAL Sarawak, 05 Rabi’ul Awwal 1431H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin! Selamanya puji dan puja milik Allah SWT yang Memiliki Segalanya. Segala puji bagi Allah, kita memujiNya dan mengharapkan perlindungan serta keampunan dariNya. Kita berlindung dengan Allah daripada keburukan amalan diri kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, maka tidak ada yang mampu menyesatkannya, dan barangsiapa yang tidak diberi petunjuk maka tidak ada sesiapa yang mampu menunjukinya ke jalan kebenaran!

 

Ad-Da’wah Ila Allah Adalah Kewajipan Setiap Muslim

 

Sheikh Mustapha Masyhur di dalam membicarakan “Berdakwah Kepada Allah (Ad-Da’wah Ila Allah)” menyatakan dengan penuh motivasi tentang kepentingan menyeru manusia kepada Allah SWT. Beliau menyatakan:

Menyeru manusia kepada Allah SWT (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajipan setiap Muslim dan Muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah SWT yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.

 

Menyeru manusia kepada Allah SWT adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah yang bermaksud:

 

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri (yakni Islam).” (Surah Fushilat, ayat 33).

 

Menyeru manusia kepada Allah SWT menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah SAW yang bermaksud:

 

“Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki (atau wanita) lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Hadith Riwayat at-Tabrani)

 

Menyeru manusia kepada Allah SWT dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan berbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.

 

Menyeru manusia kepada Allah SWT adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh!

 

Misi Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan

 

Alhamdulillah, seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada anggota Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak, Bintulu Iqra’ Center (BIC), Harakah Islamiah (HIKMAH) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah memberi komitmen dengan penuh semangat volunteerism untuk menyertai Misi Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei pada 12-15 Februari 2010 bersamaan 27 Safar – 01 Rabi’ul Awwal 1431H yang lepas.

 

Program ini merupakan Siri ke-4 Ziarah Dakwah Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dalam rangka menjalankan aktiviti kebajikan bersama Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan. Dalam masa yang sama, satu lagi tujuan utama yang khusus untuk ziarah kali ini ialah menjalankan upacara pecah tanah tapak bagi projek Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar di perkampungan tersebut.

 

Antara objektif program yang telah digariskan termasuklah:

 

  • Menyempurnakan majlis pecah tanah tapak untuk pembinaan Surau
  • Menyediakan majlis ilmu kepada masyarakat Ulu Kota
  • Mempertautkan ukhuwah yang sedia terjalin supaya bertambah erat

 

Penglibatan dari peringkat akar umbi sehingga kepada pimpinan tertinggi Yayasan AMAL Malaysia yang diketuai oleh Saudara Muhtar Hj Suhaili (Pengerusi AMAL Sarawak) serta kehadiran Pak Dr. Daeng Sanusi (Penasihat AMAL Malaysia) dalam ziarah ini diharap memberi kesan yang positif kepada semua sukarelawan bagi membentuk sensitiviti dan rasa tanggungjawab terhadap Saudara Baru. Di samping itu, adalah juga menjadi harapan semoga program ini memberi pendedahan kepada para mad’u tentang pentingnya menjalani kehidupan sebagai masyarakat Muslim sejati. Mudah-mudahan kehadiran rombongan juga mampu memberi impak bermakna ke arah menjentik dan memujuk hati masyarakat di sana yang masih belum Islam melihat keindahan ad-deen yang mulia ini.

 

Alhamdulillah, salah satu kemajuan utama hasil ziarah kali ini ialah termeterainya perjanjian pembinaan Surau AMAL Al-Azhar antara Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan Kontraktor dari rumah panjang yang diketuai oleh Saudara Sylvester Ak Munyang.

 

Selain itu, tapak surau yang dipersetujui juga telah di’pecah tanah’ dan mula diratakan oleh sukarelawan yang turut serta. Insya Allah, Surau AMAL Al-Azhar ini dijangka siap sebelum 1 Jun 2010. Mudah-mudahan dengan adanya Surau ini, ianya akan menjadi pusat dakwah dan ibadah kepada ahli kariah Perkampungan Saudara Baru Nur Azhar, Ulu Kota, Pakan. Amiin Ya Rabb!

 

‘Ala kulli hal, hikmah utama dan ‘ibrah istimewa yang diperolehi hasil daripada rehlah kali ini ialah betapa para dai’e mestilah sentiasa saling nasihat-menasihati sesama mereka, tolong-menolong dalam menghadapi halangan dan rintangan, serta berganding bahu dalam merancang dan memanfaatkan pengalaman yang dilalui bersama di medan ini!

 

Sebagai perkongsian, berikut dipaparkan gambar-gambar kenangan program buat tatapan dan suri tetamu ziarah yang budiman sekalian. Semoga ianya memberi motivasi, menimbul azam dan menambah tekad untuk bersama-sama dalam misi-misi akan datang, semata-mata liridhalLah. Semoga ada khair dan manfaatnya.

Persediaan akhir sebelum bertolak dari Pejabat AMAL Sarawak @ Miri

Taklimat dan doa sebelum bertolak 7.30mlm - 9 orang sukarelawan dari Miri

Alhamdulillah, tiba di Bandar Bintulu sekitar jam 10.30 malam

Singgah menjamu selera makan malam di Anjung Selera, Bintulu

Sdr Muhtar Suhaili (kanan) berbincang dgn Sdr Zahari dan Ustaz Salehuddin

Taklimat akhir di BIC - Tambahan 9 sukarelawan Bintulu + 2 Malaya

Saudara Che Salmi (3 dari kiri), sukarelawan AMAL Terengganu turut serta

Taklimat Perjalanan oleh Ustaz Ibrahim Mat Isa selaku Pengarah Projek

Pak Dr. Daeng membacakan doa sebelum bertolak dari Bintulu 12.30pagi

Alhamdulillah, sebanyak 5 buah kereta 4WD bertolak menuju Sarikei

Singgah minum dan rehat di Restoran Nurliana Abdullah, Selangau

Alhamdulillah, tiba di Sarikei 5.17pagi, disambut oleh Dr Awang Ismail (HIKMAH)

Tuan Imam Haji Yahya, YDP ABIM Sarikei mengalu2kan rombongan

Tazkirah Subuh oleh Ustaz Salehuddin Abu Samah di Masjid Sarikei

Sarapan dan minum pagi di Nurseri/ TASKI ABIM Sarikei

Mesyuarat dan Sesi Taa'ruf AMAL-JAIS-HIKMAH-ABIM-ITB-HALUAN

Mesyuarat dan Sesi Taa'ruf AMAL-JAIS-HIKMAH-ABIM-ITB-HALUAN

Mesyuarat dan Sesi Taa'ruf AMAL-JAIS-HIKMAH-ABIM-ITB-HALUAN

Ustaz Zamri Rajab, Ketua Protem AMAL Sarawak Unit Sarikei yang baru dilantik

Foto Kenangan Pelancaran Yayasan AMAL Malaysia Caw. Sarawak Unit Sarikei

Perjalanan menuju ke Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota bermula

Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 1 - Berturap

Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 2 - Berbatu-batu

Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 3 - Tanah Merah

Menjamu selera Makan Tengahari dengan nasi tapau di tepi hutan

Menjamu selera Makan Tengahari dengan nasi tapau di tepi hutan

Perjalanan Rally menuju ke Perkampungan Ulu Kota in memory

Perjalanan Rally - Kereta Toyota Hilux QMN9717 mendahului konvoi 6 4WD

Perjalanan Rally - Kereta Mitsubishi Storm dipandu oleh Saudara Mohd Ali

Perjalanan Rally - Kereta Toyota Hilux dipandu oleh Ustaz Zulfadli/ Ustaz Ibrahim

Perjalanan Rally - Kereta Mazda BT-50 (back) dipandu oleh Saudara Wan Kamarul

Perjalanan Rally - Kereta Mitsubishi Triton dipandu oleh Saudara Azan

Perjalanan Rally - Kereta Pajero JAIS dipandu oleh Saudara Luizman

Perjalanan Rally menuju ke Perkampungan Ulu Kota in memory

Perjalanan Rally menuju ke Rumah Panjang TR Bandok in memory

Perjalanan Rally - Sahabat-sahabat IKBN terus bersemangat

Perjalanan Rally - Saudara Asrin, Zahari dan lain-lain masih bertenaga

Ustaz Saiful Zafri dan Ustaz Zulfahdli seronok selamat tiba di Ulu Kota

Alhamdulillah, selamat tiba dan disambut oleh Ketua Kaum Saudara Azhar

Ahli rombongan, sukarelawan dan penduduk kampung beramah mesra

Kaum Ibu dan Anak-anak Saudara Kita turut menyambut sama

Generasi Harapan: Adik Abu Bakar, Adik Fatimah dan Adik Mariam

Seorang makcik yang turut menyambut kami bersama anjing peliharaannya

Ustzh Nurazian, Ustzh Rohanawati & Ustzh Zubaidah dari JAIS bersama Kaum Ibu

Para sukarelawan bergotong-royong menurunkan barang2 yang dibawa

Sukarelawan dan penduduk kampung bergotong-royong memunggah barang2

Cikgu Asrin dari SMK Pakan sedang menghidangkan lepat sebagai jamuan

Saudara Azan berkongsi keceriaan dengan Saudara Junaidi dan Azlan

Penerangan dan Kata-kata Aluan dari Pengerusi Yayasan AMAL Sarawak

Sesi Ta'aruf di dalam Bahasa Iban sambil menikmati Jamuan Ringan

Sesi Ta'aruf di dalam Bahasa Iban sambil menikmati Jamuan Ringan

Ziarah Kasih Sayang ke Rumah Panjang TR Bandok Ulu Kota

Saudara Che Salmi dan Mohd Ali di hadapan tengkorak bersama penjaganya

Bersama Ustaz Amir Ridhwan (HIKMAH) dan penduduk rumah panjang

Menziarahi seorang penduduk yang mengalami penyakit saraf dan tulang

Menziarahi seorang penduduk yang mengalami penyakit saraf dan tulang

Semua ahli rombongan Mandi Sungai sepanjang berada di Ulu Kota

Solat Jama' Zohor dan Asar di dalam Rumah Panjang TR Bandok

Encik Ukan yang suka memakai kopiah.. Semoga Allah memberi hidayah iman

Bermesra dan bertukar-tukar fikiran dengan penduduk rumah panjang

Foto bersama Tuai Rumah Encik Bandok. Di kiri sekali Ustaz Fadzli (HIKMAH)

Klinik bergerak - Rawatan Kesihatan percuma oleh Dr. Awang Ismail

Klinik bergerak - Rawatan Kesihatan percuma oleh Dr. Awang Ismail

Sebahagian penduduk yang menunggu bagi mendapatkan rawatan kesihatan

Ustaz Amir Ridhwan sedang menyampaikan penerangan dan mesej dakwah

Alhamdulillah, turut berpeluang menyampaikan penerangan dan mesej dakwah

Diskusi bersama sebahagian penduduk yang masih belum Islam

Sebahagian rumah baru penduduk Islam sumbangan YADIM Sarawak

Senarai nama penduduk Ulu Kota yang telah memeluk Islam

Akek Soleh dan Nek Fatimah - Antara Keluarga Muslim terawal di sini

Mesyuarat persetujuan Pembinaan Surau dan penyelarasan BISMIC

Mesyuarat persetujuan Pembinaan Surau dan penyelarasan BISMIC

Site Visit dan perbincangan memuktamadkan Tapak Surau AMAL Al-Azhar

Memeterai Perjanjian Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar dengan Kontraktor

Sukarelawan bergotong-royong 'Pecah Tanah' dan meratakan Tapak Surau

Sukarelawan bergotong-royong 'Pecah Tanah' dan meratakan Tapak Surau

Sukarelawan bergotong-royong 'Pecah Tanah' dan meratakan Tapak Surau

Sukarelawan bergotong-royong 'Pecah Tanah' dan meratakan Tapak Surau

Sebahagian sukarelawan menggali telaga dari sumber mata air

Atas faktor keselamatan dan kesihatan, kerja-kerja diberhentikan kerana hujan

Ustaz Abdul Hadi sedang mengajar anak-anak mit membaca Iqra

Ustaz Ibrahim mengajar anak-anak mit Solat - Solat itu tiang agama

Adik Norasyikin, Mariam, Norjannah dan Fatimah sedang berdoa

Melakukan Amali Solat - Mudah-mudahan menjadi anak-anak yang solehah

Kanak-kanak Rumah Bandok seronok lagi ceria bermain games belon

Games perlawanan Sepak Takraw persahabatan: AMAL vs TR Bandok

Keempat-empat Team AMAL tewas setelah memberi cabaran sengit :-)

Saudara Mizan, Ustaz Amir dan Ustaz Azatul Ridhuan merencana games

Gambar Kenangan sebelum Games Volleyball bermula

Perlawanan persahabatan Bola Tampar bersama Bala Induk TR Bandok

Bersama Adik Christopher Idai.. Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah!

Tuah ayam nampak di kaki... Hidayah iman haq Allah Yang Maha Pengasih!

En. Che Salmi, Managing Director Sabasun (www.sabasun.com) yang mesra

Selepas tamat games... Menunggu majlis penyampaian hadiah

Selepas tamat games... Menunggu majlis penyampaian hadiah

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang games

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang games

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang games

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang games

Harapan En. Ukan Ak Engkat agar AMAL datang lagi pada masa akan datang

"Ya Allah, semoga satu masa hatinya terbuka untuk hidup dan mati dalam Islam"

Tayangan Video berunsur Islam - Filem "Ketika Cinta Bertasbih"

Tayangan Video berunsur Islam - Filem "Ketika Cinta Bertasbih"

Tayangan Video berunsur Islam - Filem "Ketika Cinta Bertasbih"

Saudara Ali, Ustaz Salehuddin, Ustaz Ibrahim dan Sdr Zahari mengajar Mengaji

Sesi Muhasabah. Nasihat bermakna: "Kita semua sebenarnya sedang ditarbiyyah!"

Ustaz Ibrahim menyampaikan sumbangan Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan

Alhamdulillah! Insya Allah episod Misi AMAL Ad-Da’wah Ila Allah akan diteruskan...

 

Semoga program yang telah dianjurkan memberi manfaat kepada semua yang turut serta, mengeratkan tali silaturrahim antara sukarelawan, memberi impak positif kepada penduduk Saudara Baru dan penduduk rumah-rumah panjang serta memperkukuhkan lagi Teras Budaya AMAL dalam diri kita semua.

 

Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:

“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.

 

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Saudara Abdul Azeez Mohamad (019-8874784), Saudara Mohd Azwani Abdul Rani (013-3603290), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

Sila baca juga artikel terdahulu yang berkaitan berikut:

 

1. Ziarah Dakwah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei

2. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan

3. Sebuah Catatan: Ekspedisi Dakwah Ke Ulu Kota

4. Kembara Mahabbah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan

5. Saudara Kita Di Ulu Kota.. Keprihatinan Muslimin Ditagih!

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”